Batik ialah sejenis barangan kraf yang
dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di
negeri-negeri dalam gugusan kepulauan Melayu seperti Indonesia,
Singapura,Brunei dan Malaysia. Batik mempunyai sejarahnya yang tersendiri,
motif, corak, alat yang digunakan dan sebagainya. Motif ialah corak-corak
hiasan yang digunakan dalam proses melukis dan menerap batik. Kebanyakan ragam
hias yang terdapat pada Malaysia dipercayai dipengaruhi oleh ragam batik
Indonesia dan juga dari negara lain. Batik transorarial Danijel
menggunakan teknik menerap dan melukis. Terdapat dua bentuk utama motif iaitu
motif organik dan geometrik.
Motif organik melibatkan penggunaan
unsur-unsur alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga dan dikatakan
motif gaya organik biasanya berdasarkan sumber alam, unsur fauna dan unsur
benda buatan manusia. Unsur motif dalam motif organik iaitu unsur flora adalah
untuk menghiasi kain batik ela- bunga, kuntum, putik, daun, ranting, dan pucuk
digunakan secara tunggal. Flora ini juga berfungsi untuk menghiasi badan batik
sarung iaitu helaian daun, kelopak dan sebagainya yang akan disusun secara
tegak. Berikut merupakan contoh batik motif organik :
Tambahan pula, motif organik juga mempunyai unsur fauna
yang berfungsi menjadi hiasan khas di batik. Motif kupu-kupu, rama-rama dan
sebagainya adalah dilukis atau dicetak beriringan dengan bentuk ketumbuhan
sebagai pelengkap. Motif ayam, burung merak, rusa biasanya dilukis dengan gaya
organik dalam bentuk abstrak. Manakala, motif yang dibentuk secara simbolik
iaitu simbol bagi bentuk burung garuda iaitu bahagian sayap akan akan
dipergaya. Berikut merupaka contoh unsur fauna :
Seterusnya, motif geometrik pula
lebih tertumpu kepada corak bentuk-bentuk geometrik seperti segi tiga, segi
empat serta merujuk kepada pengolahan garis-garis lurus, bentuk ‘s’, swastika,
parang rosak, dan susunan rupa geometri yang lain. Motif geometri ini juga
mempunyai unsur iaitu unsur rupa geometri. Fungsi motif unsur rupa geometri
adalah untuk hiasan kaki kain(gigi), menghiasi kain batik panjang dan motif
ceplok dengan susunan empat segi berisi bentuk lain di mana bentuk ini bukan
geometri tulen tetapi campuran organik dan geometri. Begitu juga dengan motif
isen iaiu isen merupakan motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional
atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak.
Motif organik dan motif geometrik ini
boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bagi motif organik ialah motif
ayam, motif bunga buluh, motif bunga kerak nasi, motif bunga kotak bercampur,
motif bunga orkid, motif bunga raya, motif daun sireh, motif geometrik, motif
pucuk rebung, motif rama-rama, motif siput. Motif geometrik pula terbahagi
kepada dua iaitu motif pucuk rebung dan motif bunga kotak bercampur. Berikut
merupakan contoh beberapa jenis motif organik dan geometrik :
CORAK BATIK
Corak ialah bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan
di atas kain batik tersebut. Corak terdiri daripada gabungan motif-motif
organik mahupun geometrik dilukis di atas kain batik tersebut, Terdapat
beberapa jenis corak batik yang digunakan iaitu corak Berdiri, corak Jalur,
corak Melintang, corak Menyeluruh, corak Menyerong, corak Tompok-tompok, dan
corak Ulangan Batu-bata.