LAMPIRAN (MOTIF)








LAMPIRAN (CORAK)





LAMPIRAN (ALAT)






SEJARAH BATIK


Sejarah batik Malaysia dimulai pada abad ke 18 saat Batik Minah Pelangi mendirikan perusahaan Batik di Trengganu. Pada tahun 1911 Haji Che Su bin Haji Ishak mendirikan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Baru - Kelantan. Pada jaman dahulu, masyarakat Melayu menggunakan kentang sebagai alat cap pembuat batik, tetapi saat ini kain batik telah dibuat dengan alat-alat modern. Di Melayu (Pulau Sumatra dan Malaysia), suatu motif batik yang disebut Batik Pelangi yang telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an.

Pada saat itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada saat itu kain diimport dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu pewarna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah Biru dan hitam saja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mulai membuat batik yang menggunakan blok kayu (tehnik batik cap). Pada tahun 1926 pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan batik Malaysia dan mulai banyak digunakan. Aneka corak batik awalnya dipengaruhi oleh corak batik Indonesia disertai dengan nama batik yang dikomersialkan.


MOTIF BATIK

Batik ialah sejenis barangan kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di negeri-negeri dalam gugusan kepulauan Melayu seperti Indonesia, Singapura,Brunei dan Malaysia. Batik mempunyai sejarahnya yang tersendiri, motif, corak, alat yang digunakan dan sebagainya. Motif ialah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis dan menerap batik. Kebanyakan ragam hias yang terdapat pada Malaysia dipercayai dipengaruhi oleh ragam batik Indonesia dan juga dari negara lain. Batik transorarial Danijel menggunakan teknik menerap dan melukis. Terdapat dua bentuk utama motif iaitu motif organik dan geometrik.

Motif organik melibatkan penggunaan unsur-unsur alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga dan dikatakan motif gaya organik biasanya berdasarkan sumber alam, unsur fauna dan unsur benda buatan manusia. Unsur motif dalam motif organik iaitu unsur flora adalah untuk menghiasi kain batik ela- bunga, kuntum, putik, daun, ranting, dan pucuk digunakan secara tunggal. Flora ini juga berfungsi untuk menghiasi badan batik sarung iaitu helaian daun, kelopak dan sebagainya yang akan disusun secara tegak. Berikut merupakan contoh batik motif organik :
  
Tambahan pula, motif organik juga mempunyai unsur fauna yang berfungsi menjadi hiasan khas di batik. Motif kupu-kupu, rama-rama dan sebagainya adalah dilukis atau dicetak beriringan dengan bentuk ketumbuhan sebagai pelengkap. Motif ayam, burung merak, rusa biasanya dilukis dengan gaya organik dalam bentuk abstrak. Manakala, motif yang dibentuk secara simbolik iaitu simbol bagi bentuk burung garuda iaitu bahagian sayap akan akan dipergaya. Berikut merupaka contoh unsur fauna : 
Seterusnya, motif geometrik pula lebih tertumpu kepada corak bentuk-bentuk geometrik seperti segi tiga, segi empat serta merujuk kepada pengolahan garis-garis lurus, bentuk ‘s’, swastika, parang rosak, dan susunan rupa geometri yang lain. Motif geometri ini juga mempunyai unsur iaitu unsur rupa geometri. Fungsi motif unsur rupa geometri adalah untuk hiasan kaki kain(gigi), menghiasi kain batik panjang dan motif ceplok dengan susunan empat segi berisi bentuk lain di mana bentuk ini bukan geometri tulen tetapi campuran organik dan geometri. Begitu juga dengan motif isen iaiu isen merupakan motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak.  

Motif organik dan motif geometrik ini boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bagi motif organik ialah motif ayam, motif bunga buluh, motif bunga kerak nasi, motif bunga kotak bercampur, motif bunga orkid, motif bunga raya, motif daun sireh, motif geometrik, motif pucuk rebung, motif rama-rama, motif siput. Motif geometrik pula terbahagi kepada dua iaitu motif pucuk rebung dan motif bunga kotak bercampur. Berikut merupakan contoh beberapa jenis motif organik dan geometrik :

CORAK BATIK

Corak ialah bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Corak terdiri daripada gabungan motif-motif organik mahupun geometrik dilukis di atas kain batik tersebut, Terdapat beberapa jenis corak batik yang digunakan iaitu corak Berdiri, corak Jalur, corak Melintang, corak Menyeluruh, corak Menyerong, corak Tompok-tompok, dan corak Ulangan Batu-bata.


ALAT DAN FUNGSI


Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja

Kain Batik.
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik 
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
1. Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

2. Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

3. Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan Batik.
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.